Wednesday, May 18, 2011



Hi semua,

Hari ni (semalam lah sebab dah pagi Khamis ni) Acik Topi keluar dgn anak2 perempuan Acik. Mula mula bawak diorg g makan di Pizza Hut..tunggu punya tunggu...patutlah tak sampai. sebab mamat tu amik order 1 air dan satu meatbal carbonara je...ada ke datang 3 orang order itu je.Ingat Acik Topi tak de duit ke?

Tunggu punya tunggu bila tak sampai Acik Topi pun hangin lah.....mamat tu kata auntie order 1 drink and 1 food only...haiyyaakkk nak kena flying kick mamat ni...Acik Topi dah lapar gilos...Tapi mujurlah tahap kesabaran Acik Topi sangat kuat....

Lepas tu Acik Topi g jumpa client di CIMB Kajang. Diorg nak buat family day dan minta Acik Topi arrangekan hujung minggu ni. Client tu Kakak Acik Topi..hehehe...sape lagi kalau kakak tak tolong adik...dan bila kata tolong.....fees dia pun ala ala je la..Tapi Kakak Acik Topi tu sangat baik, dan Acik Topi sangat sayang pada dia...kira okeh je lah ....harga kasih sayang gitew...nanti Acik Topi story pasal event tu ya...

Tuesday, May 17, 2011

Pengenalan

Saya seorang isteri, Ibu dan adik bungsu....punya suami Muhamad Zailani dan 3 orang anak. Yang sulong Muhamad Awalludin, yang kedua Nurul Awwallin atau nama glemer dia Awin dan Nurasyikin Ashwa nama manja Net.

Bekerja sendiri dengan suami (Home Office) dan mempunyai syarikat kecil AWAL DCT Niaga yang berkaitan dengan pengiklanan dan pengurusan majlis...

Suka menari, menyanyi dan melancung...membaca? suka juga tetapi semenjak usia meningkat dan mata sedikit kabur, agak kurang membaca..berFB....memang rutin hari2...sebabnya bila home office, tak ada teman sekerja, jadi rakan2 FB yang menemani. Ketawa sorang2 adalah senario yang biasa di lihat ketika saya mengadap PC atau Lappy.....

Saya juga suka berclubbing dgn anak2 dan anak2 sedara di hujung minggu..masa ini lah saya berjumpa orang atau kawan2. Jgn salah anggap..saya berclubbing di tempat yang sesuai membawa keluarga dan anak2....

Mempunyai ramai kawan kawan yang terlibat dalam dunia hiburan dan live performance. seperti Band D'Adza yang kini sedang beraksi di Hotel Concorde Shah Alam, Rumors di Bora Ombak dan Matt di DePalma Cafe Bandar Baru Bangi. Terkini adalah Kay AF9 yang Ohsem tu...

Suami saya suka memancing. Kami mempunyai minat yang berbeza tetapi sekata bila di rumah...hehehe....Saya seorang yang agresif dan happening manakala suami pula agak pendiam dan serious. Hanya saya saja yang tahu bahawa dia seorang yang sangat humorous dan suka bergurau....

Untuk permulaan penulisan saya berhemah sedikit..Maklumlah 1st time.....nanti dah biasa, tak lah segan segan...ngehehe...so sabar jelah sihingga saya mendapat groove untuk berkarya ya....

My first writing in my newly created blog

Assalamualaikum...

Selamat berkenalan....saya sangat teruja untuk membuat blog ini sebab melihat kawan saya Mak Dara a.k.a Adza Irdawati dan anak-anak saya mempunyai blog sendiri. Saya paksa anak saya Ashwa Zailani untuk 'create'kan blog ini. Sebenarnya akaun ni dah lama di buka, tapi tak reti nak operate dan malas sebenarnya nya menadventurekan diri. Sebab saya kalau dah tekun....tak buat menda lain dah.

Kenapa Acik Topi? sebab saya suka bertopi...saya memakai topi sejak 3 tahun lalu...Saya tak tiru dia, tapi Siti Norhaliza yang tiru saya...ngeh ngeh ngeh....Pelik? Memang pelik..tapi saya sangat meminati topi dan itu lah signature atau trademark saya....

Jadi saya harap anda semua akan terhibur dengan celoteh saya...dan saya nak tunjukkan kebolehan saya menulis, mengarang dan kadang-kadang merepek...

So...Njoyyyy...dan Ohsem hahaha....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...