Thursday, July 4, 2013

AcikTopi memanjakan wajah dengan produk Kecantikan Neesya - The Science of Beauty dari Skinworkz Sdn Bhd

Semua wanita mahu kelihatan cantik. Tidak terkecuali acik sendiri. Pelbagai produk penjagaan kulit telah di cuba. Samada buatan tempatan atau luarnegara.Yang menimbulkan masaalah adalah harga. Acik pernah menggunakan satu produk ni, yang harganya lebih kurang RM190 (botol kecil je). Tidak dinafikan memang berkesan. Tapi sayang nak guna banyak2, sebab mahalll…  2 minggu pertama ramai yang memuji mengatakan wajah acik berseri-seri. Bersemangat untuk membeli botol kedua.. masuk botol ketiga…  baru terasa, aku tak mampu untuk meneruskannya….


Khamis 4hb Julai 2013, bertempat di  Swensen’s , Subang  Parade, Subang Jaya,  Acik, MakDara  aka Adza Irdawati dan MakLady aka Anizah Ranni telah menghadiri satu pelancaran produk penjagaan kulit di bawah Jenama Neesya daripada Skinworkz Sdn Bhd.




RANGKAIAN PRODUK NEESYA

Yang  terbaik majlis ni di adakan di Swensen’s  iaitu restoran yang meyediakan  aiskrim yang tersangatlah sedap dan lazat. Aiskrim memang kegemaran acik..



Apa yang menarik  perhatian acik semasa  pelancaran ini Mr Chris Yong, CEO syarikat ini ketika meyampaikan presentasi  diselangselikan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, dan dia amat fasih berbahasa Malaysia.  Jemputan yang menghadiri majlis ini juga terdiri dari pelbagai bangsa, Melayu, Cina, India… sangat Malaysia…. Sukaaaaa. Beliau juga mengatakan, rumusan produk syarikat beliau dijamin halal dan harga produk tersebut dipastikan berpatutan (mampu milik) dan menepati bajet kebanyakkan pengguna yang menginginkan produk berkualiti antarabangsa… Ini acik laaaagii sukaaa..



Beliau berjaya mendidik kakitangan beliau,  mesra pelanggan dan acik sangat suka dengan Konsultan yang bernama Sya, beliau sangat comel dan sangat prihatin kepada semua yang hadir. Dan yang utama mereka sangat pemurah …. Door gift yang diberikan kepada hadirin adalah dari actual pack bukan miniature…. Menambahkan kegembiraan kami bertiga…




Kepada  Skinworkz Sdn Bhd, selamat maju jaya dan pastikan anda kekal dengan sikap mesra pelanggan dan janji anda pada harga yang berpatutan dan mampu milik..






Masa untuk cuci cuci muka… shine bright like a diamond.. nantikan result acik dalam masa 2 minggu nanti….

AcikTopi Jadi Fashionista

Sekarang ni job tak banyak... daripada termangu2 takde buat apa apa, acik dan anak acik yang bungsu tetiba mendapat idea untuk membuat aksesori wanita. Gelang tangan ala ala Pandora... Seronok pula bila dapat sambutan dari kawan-kawan dan saudara mara. Dan Acik juga mendapat idea dari teman baik acik, Wan Aishah Wan Ariffin.. ya penyanyi tu....yaaa penyanyi Syurga Di bawah Telapak Kaki Ibu tu.. Bukan saja pandai menyanyi malah sangat halus dalam kerjatangan kreatif..

Ini adalah di antara hasil tangan anak acik dan acik sendiri... Kalau sudi singgahlah ke galleri acik di http://www.facebook.com/AcikTopiGallery. Acik akan update design design baru dari masa ke semasa...

Kalau berminat hubungi Acik di whatsapps, wechat pun bole... bole dengar suara acik yang lemak merdu ni...hikhikhik


Tuesday, June 28, 2011

KELAB KACANG TUMBUK - PERSATUAN KERONCET SEDONIA


Dah lama AcikTopi tak update blog ni...sebab AcikTopi buat benda lain....AcikTopi sibuk dengan kerja pun ya dan sibuk melayan kelab kelab kat FB AcikTopi....Yang paling AcikTopi suka ialah Kelab Kacang Tumbuk 24 jam sebelum tu PERSATUAN KERONCET SEDONIA. Yang inroduce kan AcikTopi kepada Kelab santai ni ialah kawan AcikTopi Lailadewi....yang best geng geng dalam tu memang gilos macam AcikTopi juga. Mak Dara @ Adza Irdawati juga salah seorang ahli mesyuarat tingkap tu..Banyak perkara yang AcikTopi belajar dari group ni antara ni Keroncet.. hahaha...mula mula tak tau apa dia rupa rupanya mengait....bukan kait kelapa sawit tapi kait benang jadi macam macam.....hahaha kalaulah boleh mengait jadi boplen, AcikTopi nak juga berhobi baru ni.hahaha...Tulah hiburan AcikTopi...

Dari gosip2 panas menggelegak hinggalah ke topik masak memasak, eksyen mengeksyen dan tumbuk menumbuk....tak yah guna nama kelab yang glemer glemer..guna nama yang sempoi sempoi je...kelab yang sering bertukar nama ni mewujudkan mood untuk berkarya..

Terima Kasih Mem Luya, Mak Peah Bini Sood, Melina Hassan, Azura Md Hassim dan Mak Dara Adza Irdawati...U all made my days full of colors and laughters.



ACIKTOPI SUUKKAAAA....

Sunday, June 5, 2011

DOA SEORANG IBU WALAUPUN BUKAN IBU SENDIRI

Assalamualaikum wrt.

Post terakhir Acik Topi menceritakan betapa seorang anak lelaki melakukan kesilapan dan kecelaruan perasaan. Kes Blackberry tu lah...selepas suami Acik Topi menyelesaikan secara baik dengan Firdaus (Bukan nama sebenar). Acik terpikir balik..Acik Topi tak rugi apa-apa..BB, Hp, duit Acik RM250 dan duit beliau RM50 semua di tangan Acik Topi. Kemungkinan kecelaruan perasaan membuat dia hilang pertimbangan dan perkiraan.

Kenapa Acik Topi perlu marah atau rasa tertipu? Bila Acik Topi menyedari perkara ini jauh disudut hati Acik Topi, Acik Topi mendokan agar dia mendapat hidayah dari Allah SWT dan semoga Allah memelihara kebajikan dia. Acik Topi juga ada anak lelaki. Tetapi Anak lelaki Acik Topi tinggal serumah...Si mamat ni berjauhan dengan ibu dia. Bila Acik Topi teringat kembali kata kata dia " Saya sangat bahagia malam ini, kerana saya bersama dengan seorang ibu, hilang rindu saya pada ibu saya."

Disatu saat dia mahu menghadiahkan BB tu pada Acik Topi, disatu saat lain dia mahu membelanja Acik Topi ibarat membelanja ibu sendiri dan di satu saat lain pula dia pelukan wang dan amat sayang untuk melepaskan BB tu.


Suami Acik Topi (kita panggil dia Abg Misai ya....suami Acik Topi ada misai tau..)Abg Misai kata dia terkedu sebentar, sebab Abg Misai ada bertemu dia petang semalam ...sebaik dia jumpa saja Abg Misai dia terus salam dan mencium tangan Abang Misai dan memohon maaf atas segala yang berlaku. Dia kata dia tak ada niat langsung nak tipu Auntie. Dia ada bertanya...Auntie mana? Abg Misai jawab "Auntie kau masih berhangin...Semasa pertemuan itu BB masih ditangan Acik Topi sebab anak bongsu Acik Topi tu menyimpan BB di satu tempat yang sangat tersembunyi dan kebetulan dia tiada di rumah...pergi tgk rakaman Kenangan AF bersama Aznil di Astro...)

Si Mamat ni ada menghantar sms kepada gadis Acik Topi dan dia memohon maaf. Dia berterima kasih kerana kami melayan dia dengan baik dan dia tak mahu merosakkan hubungan baik diantara dia, anak gadis Acik Topi dan Acik Topi sendiri...dia anggap Acik Topi macam ibu dia....Dia menulis kali ini setelah berfikir panjang dia bersetuju untuk meneruskan deal kami iaitu RM250 + hp lama Acik dia ambil. Terharu Acik Topi bila membasa mesej tersebut. Sebab dia kata dia sangat suka melihat Acik Topi gembira memegang BB tu...(ada lah sikit sikit...ngehee)


Acik Topi pun berbincang dengan Abg Misai, dan Abg Misai kata, doa Acik Topi telah dimakbulkan tuhan, iaitu dia merendah diri memohon kemaafan dan menyesali kesilapan dia. Dia patut diberi peluang kedua.

Jadi Acik Topi mengambil keputusan untuk memaafkan dia, membayar harga Hp seperti yang dijanjikan, memulangkan Hp lama Acik Topi pada dia dan mengembalikan wang RM50 yang di letakkah di dashboard kereta yang dkatakan bayaran makan2 di McD tu. Acik Topi memang nak belanja dia...

Acik Topi juga memohon kemaafan dari beliau kerana kemarahan yang amat sangat dan prasangka buruk terhadap dia. Dimana sebenarnya Acik Topi tak rugi apa-apapun..

Semoga Allah memberkati segala yang berlaku dan peringatan pada diri Acik Topi. Pasti ada yang tersirat yang kita tidak ketahui. Peingatan juga jangan cepat memberi hukuman, walaupun cara dia agak mencurigakan. Acik Topi hanya mengambil langkah berhati2 dan pastinya Acik Topi tak sepatutnya sembuyikan perjumpaan itu daripada Abg Misai. kes kereta putih yang parking kat belakang kereta Acik Topi sebenarnya tiada kena mengena dengan cerita ini...sebab sebanarnya mamat dalam kereta putih tu bersama seorang awek..nak merende' la tu..tak mahu Acik Topi nampak....Nanti tak pasal pasal kena pot pet pot pet dengan Acik Topi.

...sedangkan Allah ampunkan umatNya sape lah Acik Topi ni..hanya wanita yang suka memakai topi...


:)**

Mari Tuan Puan Dengar Ini Cerita...

Acik Topi selalu mengingatkan pada anak2, sedara mara dan kawan-kawan supaya tidak mudah mempercayai kenalan yang baru dikenali melalui Facebook atau apa jua jenis social network. Kerana kita hanya mengenali mereka menerusi tulisan dan gambar.

Baru-baru ini anak Acik Topi ada memberitahu bahawa ada seseorang mengiklankan penjualan Blackberry melalui salah satu fanpage AF student dan dia claim he is one of the admin. of course bukan Fanclub Ohsem Kay Muhid AF9 atau Diddy.....

Iklan dia sgt menarik tukar-beli hp lama + RM200 dapat 2nd hand BB yang baru digunakan selama 4 bulan...merereh air liur Acik Topi...well beberapa kali bersoal jawab, dan Acik Topi rasakan it's a good bargain maka Acik Topi pun suruh anak Acik Topi set appointment dan kami berjumpa di MCDonald's Kompleks PKNS, Shah Alam...jauh tu Acik Topi merentas desa...So kami pun sama sama buat inspection..dia inspect Hp Acik Topi dan Acik Topi inspectlah BB dia....wow still in good condition...I Likee..It seems si Firdaus (bukan nama sebenar)pun kata sebab kamera Hp Acik Topi tu ada sedikit masalah, maka kami pun bersetujulah upkan sikit ke RM250.00. Acik Topi dah nak bayar pada dia, dia kata tak pa man man,lek lek kita makan burger dulu..

Dalam pada makan-makan tu kami bercerita dan bergurau senda...he looked so nice and innocent...missing his mother who stays in Perak...just lost his sister about 1 and a half month ago because of motorbike accident....sebagai seorang Ibu, hati Acik Topi tersentuh.

Dalam pada masa tu Acik Topi masih lagi beria-ia mahu membuat pembayaran BB Tersebut sebab sim card dah bertukar dan BB tu dah disimpan dalam tas tangan Acik Topi. Tetapi beliau masih kata tunggu dulu..hinggalah Acik Topi menghantar beliau ke tempat tinggal beliau di Sek 15 Shah Alam(katanyalah)..Acik memang tak familiar dengan Shah Alam...tapi Malaysia kan banyak signboard...kalau sesat tak guna passport pun nak balik kan...Acik Topi dan 2 orang anak gadis Acik Topi memberanikan diri juga untuk menghantar beliau balik..kesian...dia tak ada transort, katanya...

Dalam perjalanan ke tempat beliau, Acik Topi perasan yang mamat ni senyap aje. Tak seperti semasa kami makan-makan di McD. Mulalah hati Acik Topi berkata-kata..Kenapa pulak ni...sepatah Acik Topi tanya sepatah dia jawab. Sesampai je di kawasan yang katanya tempat tinggal dia, dia suruh Acik Topi parking di satu tempat..tak berapa terang dan tak berapa gelap..Seperti merasakan sesuatu yang tak elok bakal berlaku Acik Topi park kereta Acik Topi tidak mengikut petak..gambaran nya mudah untuk Acik Topi memecut kalau ada apa-apa berlaku...Yang menambahkan suspen tetiba ada satu kereta berwarna putih parking di belakang kereta Acik Topi..Maknanya kalau Acik Topi parking mengikut petak, kereta tersebut boleh memblok kereta Acik Topi, bila Acik Topi melihat melalui back-view mirror, sipemandu membongkokkan diri atau melindungi diri agar Acik Topi tak nampak kelibat dia..Rupa-rupanyacak gadis acik Topi pun perasan...Dengan rasa curiga Acik Topi terus mengunci kereta Acik Topi. (kami tidak keluar..final discussion di dalam kereta).

Lagi sekali Acik bertanya, deal kita ini jadi ke tak jadi..haaa..mulalah satu kisah ngeri...dia mula membebel dgn mengatakan hp Acik Topi tu tak eloklah...rosak lah...cuma boleh guna untuk dua bulan saja lagilah, hellooo Acik beli mahal tau.....(walaun dah lama...org peremmpuan tau aje lah..lemah gemalai je menjaga barang peribadi, lagi lagi Hp, nyawa kedua tu..) uihhh kalau tak nak kenapa di McD tadi kata ok...siap upkan RM50 jadi RM250 dr RM200 yang di iklankan....wahhhh Acik Topi pun hangin lah satu badan..

Acik suruh dia ambil balik BB dia dan pulangkan HP Acik Topi. Dam macam biasa leteren seorang perempuan bernama Ibu. Pot pet pot pet, bukan leter sebab tak dapat BB tapi his way of doing business, soooo peculiar..meragukan, salah dan tidak beretika...Nak tau apa dia jawab...tak pe lah Auntie, saya tak sampai hati pulak nak ambik BB ni sebab tengok Auntie suka sangat...Saya tak nak kecewakan Auntie...Ibarat saya kecewakan Ibu saya sendiri (so sweet). Aikkkk..Acik Topi kata..this is business.jangan campur adukkan emosi...Sekarang awak amik BB ni balik dan serahkan Hp Auntie..Dia kata, "Tak pe Auntie saya hadiahkan pada Auntie, itu style saya.". Then Acik Topi balas balik kalau macam tu awak amik Hp Auntie dan nah ni RM250.00, kita tutup deal ini..Dia jawab kembali, "tak pe Auntie...saya ikhlas...amik lah, itu style saya....on top of that dia bagi lagi RM50 dan dia letakkan atas dash board kereta Acik Topi.."ini apa pulak?"Acik tanya."ini duit kita makan-makan di McD tadi." Saya sgt gembira malam ini dapat bersama dengan Auntie dan anak2.

Acik Topi sempat menadah tangan penuh kesyukuran dan mendoakan semoga Allah merahmati dia. Apa taknya Dapat BB,Hp lama tu, duit RM250.00 tu dia tak nak ditambah dengan RM50.00. Tidak kah untung berganda namanya dan hanya doa yang penuh keikhlasan sebagai balasan.

Tetapi hati masih tertanya2....maka kami pun pulang ke Kajang dgn penuh tanda tanya..tak tau samada suka atau seriau..

Bermulalah episod mimpi indah menjadi ngeri....Tak sampai 20 minit dia telefon gadis Acik Topi, dia kata dia nak semua benda2 tu balik, sebab esok malam dia akan berangkat ke Penang...Dia minta kami patah balik dah serahkan kembali kepada dia, malam ini juga...Apa dia ingat otak Acik Topi ni lemau....Acik Topi suruh anak gadis Acik Topi jawab..no way...kita dah nak sampai rumah..actually belum sampai tetapi lebuhraya Persekutuan tak jem ketika itu, setakat 120km/jam dalam masa 15 minit dah sampai highway Seremban/Cheras/Kajang...

Dia insist kami hantar barang2 malam tu juga..Acik Topi cakap pada anak2 Acik Topi..oh tidak, kita telah diperbodohkan sekali, kita tidak akan di perlakukan buat kali kedua...nak mampos (maaf agak kasar sikit)...kita tidak tahu apa yang menunggu kita di sana...Acik Topi minta anak Acik Topi sampaikan pada si Firdaus (bukan nama sebenar)supaya datang sendiri ke Kajang atau ke Bangi, yang pasti Acik Topi tidak akan menempah maut atau mencari pasal untuk kembali ke tempat beliau.

Kami meneruskan perjalanan kami ke De Palma Cafe, PKNS Bangi. (Uih kenapalah kami tidak ke Concorde Shah Alam, D'Adza ada ka situ..ish..) Mungkin ada kebaikkan nye..di buatnya dia pau Acik Topi kat situ sapa nak tolong...Tengku Norkhizam (Bang Ling Acik Topi tu)main keyboard, Amri mesti tengah goreng gitar dia, manakala Rina, Tuty dan Yan mesti tengah menyanyi dan berjoget "On The Floor" - Jennifer Lopes...Ida aka Mak Dara mesti tengah tepuk tepuk tangan bersorak..bahaya bahaya....

Tapi misi diteruskan kami ke DePalma dan Acik Topi dapat nyanyi 2 lagu..hehehe
.. jangan mara..

Ok..on serious note..Memang patut kan Acik Topi merasa curiga dengan cara si Firdaus (bukan nama sebenar) ni kan?

Hari ni (Ahad)...Firdaus (bukan nama sebenar) masih menghantui Acik Topi dan meminta Acik Topi pulangkan juga barang2 tersebut..ya ya..Acik Topi akan pulangkan. Acik Topi pun tak nak simpan sebab tak mahu termakan budi. Acik Topi mampu beli baru...kalau tak pakai BB pun tak pe, Acik Topi tak mati ..but kena tunggulah masa yang sesuai.I got other things to do you know. Kalau dia close je deal tu semalam samada on atau tidak,kes ni dah selesai...Acik Topi suruh dia datang sediri ambil di Kajang...Alasan dia tak da transport...Akibat daripada pertengkaran melalui telefon...suami Acik Topi dan anak lelaki Acik Topi terpaksa campur tangan..last last Acik Topi gak kena marah dengan hero-hero ni...What to do, sendiri buat..tahan je ler....

jadi persoalan nya di sini..
Memang patutkan Acik Topi rasa curiga?

Kalau anda ditempat Acik Topi apa yang anda akan lakukan? Seolah olah Firdaus (bukan nama sebenar)ni macam ada agenda tersembunyi...kaaaaannnn

Bila Acik Topi tanya gangster Kajang dan Bangi, diorg kata simpan je BB tu....Kalau nak taiw...anytime...tada hal punya..Kesian lah pulak...(Acik Topi ni mak angkat gangster Kajang/Bangi tau...Tapi Mak Angkat gangster yang berhati lembut..tak yah..biar je Allah Taala yang memberi petunjuk dan hidayah kepada Firdaus (bukan nama sebenar) ni.

Suami Acik Topi berjaya memyelesaikan permasalahan ni dan ketika bernegosiasi (I can't find the right word lah) Suami Acik Topi memberi jaminan akan memulangkan kepada beliau selepas beliau pulang dari Penang hari Khamis ini..katanya kok ya dia ke Penang..sebab sekejap kata Penang, sekejap kata Perak..Sekejpa dia sendiri nak datang, sekejap dia kata kawan dia, pastu tunang dia.....eee...headache lah....mencik tau...


Moralnya, seperti yang Acik Topi tulis di awal coretan ini jangan mudah percaya.. kalau nak bertemu dgn Facebooker yang tidak dikenali pergilah beramai ramai..bawak sekali Pak Long, Mak Ngah,Tok Itam atau Tok Wan..sambil menjamu selera di McD atau KFC kerana tidak di nafikan di sini pengunjungnya ramai. Kedai mamak pun bahaya sebab tak ada CCTV...jangan pergi sorang-sorang ..BAHAYA..Ingat tu.....

Panjang coretan Acik Topi kali ini...sebab Acik Topi terpanggil untuk mengingatkan follower Acik Topi dan diri Acik Topi sendiri supaya kita selalu berhati-hati..Ingat tu..


Salam dan Selamat Berhati hati....

Friday, June 3, 2011

Hai Semua





Lama dah Acik Topi tak update blog Acik ni...sebab Acik Topi g melancong ke Penang, Ipoh dan Lumut...sempena sambutan hari jadi Acik Topi (yg keberapa jgn tanya)..Acik Topi bercuti dengan anak anak gadis dan anak sedara Acik Topi...Suami Acik Topi dan Anak Lelaki tak ikut....Apa lagi.....weeeiiiii......jalan sakan....

Acik Topi berkesempatan berjumpa dengan Kawan Kawan FB Acik Topi di Penang dan Ipoh. Kami ke Lumut untuk sesi fotografi..Kawan Acik Topi tu photographer..apa lagi Acik Topi berposing sakan.....

Acik Topi sempat berclubbing di Lobby Lounge Bayview Hotel, masa menginap di Penang..macam biasa..I'm a hijakcer....kena hijack lah pentas tu....sebelum ke Penang Acik Topi sinngah di Permatang Rawa, Bukit Mertajam, menghadiri majlis perkahwinan puteri kawan FB Acik Topi juga...macam biasa Acik Topi hijack juga karok..sempat nyanyi satu lagu...Tak sedap belakang kira...tapi ... Acik Topi ada peminat kat situ tau, dia kata suara acik Topi sedap...heheh blush blush....

Monday, May 23, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME


Today 24th May 2011 is my bithday...wow...how time flies...I'm getting nearer to the golden age ... 50. Tapi sebelum memasuki era Warga Emas...Acik Topi kena selesaikan banyak perkara.. persekolahan anak2, kearah kehidupan yang lebih selesa, agar di kala memasuki era 50'an Acik Topi tidak lagi terkial kial nak hidup...I want to get old gracefully....melakukan ibadah sebanyak yang mungkin dan mendekatkan diri ke hadrat Allah SWT.

Acik nak kongsi kegembiraan, bahawa Acik mendapat ucapan hari jadi yang pertama dari Kay Muhid....ala Kay AF9 yang ohsem tu...Acik bangga...Acik dah kenal dia lama, dan Acik gembira sebab dia tak lupakan Acik wlaupun dia dah bergelar artis...Syukur...Acik juga doakan agar Kay terus melangkah ke hadapan dan jangan toleh kebelakang..pesanan Acik Topi ..nanti kalau dah famous jangan lupa kawan-kawan dan kenalan yang mengenali dan bersama dia semasa di belum popular lagi....Dan acik Topi juga harap kita semua akan sentiasa di rahmati Allah SWT...selamat Hari Jadiku yang ke 4_...ops rahsia.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...