Sunday, June 5, 2011

DOA SEORANG IBU WALAUPUN BUKAN IBU SENDIRI

Assalamualaikum wrt.

Post terakhir Acik Topi menceritakan betapa seorang anak lelaki melakukan kesilapan dan kecelaruan perasaan. Kes Blackberry tu lah...selepas suami Acik Topi menyelesaikan secara baik dengan Firdaus (Bukan nama sebenar). Acik terpikir balik..Acik Topi tak rugi apa-apa..BB, Hp, duit Acik RM250 dan duit beliau RM50 semua di tangan Acik Topi. Kemungkinan kecelaruan perasaan membuat dia hilang pertimbangan dan perkiraan.

Kenapa Acik Topi perlu marah atau rasa tertipu? Bila Acik Topi menyedari perkara ini jauh disudut hati Acik Topi, Acik Topi mendokan agar dia mendapat hidayah dari Allah SWT dan semoga Allah memelihara kebajikan dia. Acik Topi juga ada anak lelaki. Tetapi Anak lelaki Acik Topi tinggal serumah...Si mamat ni berjauhan dengan ibu dia. Bila Acik Topi teringat kembali kata kata dia " Saya sangat bahagia malam ini, kerana saya bersama dengan seorang ibu, hilang rindu saya pada ibu saya."

Disatu saat dia mahu menghadiahkan BB tu pada Acik Topi, disatu saat lain dia mahu membelanja Acik Topi ibarat membelanja ibu sendiri dan di satu saat lain pula dia pelukan wang dan amat sayang untuk melepaskan BB tu.


Suami Acik Topi (kita panggil dia Abg Misai ya....suami Acik Topi ada misai tau..)Abg Misai kata dia terkedu sebentar, sebab Abg Misai ada bertemu dia petang semalam ...sebaik dia jumpa saja Abg Misai dia terus salam dan mencium tangan Abang Misai dan memohon maaf atas segala yang berlaku. Dia kata dia tak ada niat langsung nak tipu Auntie. Dia ada bertanya...Auntie mana? Abg Misai jawab "Auntie kau masih berhangin...Semasa pertemuan itu BB masih ditangan Acik Topi sebab anak bongsu Acik Topi tu menyimpan BB di satu tempat yang sangat tersembunyi dan kebetulan dia tiada di rumah...pergi tgk rakaman Kenangan AF bersama Aznil di Astro...)

Si Mamat ni ada menghantar sms kepada gadis Acik Topi dan dia memohon maaf. Dia berterima kasih kerana kami melayan dia dengan baik dan dia tak mahu merosakkan hubungan baik diantara dia, anak gadis Acik Topi dan Acik Topi sendiri...dia anggap Acik Topi macam ibu dia....Dia menulis kali ini setelah berfikir panjang dia bersetuju untuk meneruskan deal kami iaitu RM250 + hp lama Acik dia ambil. Terharu Acik Topi bila membasa mesej tersebut. Sebab dia kata dia sangat suka melihat Acik Topi gembira memegang BB tu...(ada lah sikit sikit...ngehee)


Acik Topi pun berbincang dengan Abg Misai, dan Abg Misai kata, doa Acik Topi telah dimakbulkan tuhan, iaitu dia merendah diri memohon kemaafan dan menyesali kesilapan dia. Dia patut diberi peluang kedua.

Jadi Acik Topi mengambil keputusan untuk memaafkan dia, membayar harga Hp seperti yang dijanjikan, memulangkan Hp lama Acik Topi pada dia dan mengembalikan wang RM50 yang di letakkah di dashboard kereta yang dkatakan bayaran makan2 di McD tu. Acik Topi memang nak belanja dia...

Acik Topi juga memohon kemaafan dari beliau kerana kemarahan yang amat sangat dan prasangka buruk terhadap dia. Dimana sebenarnya Acik Topi tak rugi apa-apapun..

Semoga Allah memberkati segala yang berlaku dan peringatan pada diri Acik Topi. Pasti ada yang tersirat yang kita tidak ketahui. Peingatan juga jangan cepat memberi hukuman, walaupun cara dia agak mencurigakan. Acik Topi hanya mengambil langkah berhati2 dan pastinya Acik Topi tak sepatutnya sembuyikan perjumpaan itu daripada Abg Misai. kes kereta putih yang parking kat belakang kereta Acik Topi sebenarnya tiada kena mengena dengan cerita ini...sebab sebanarnya mamat dalam kereta putih tu bersama seorang awek..nak merende' la tu..tak mahu Acik Topi nampak....Nanti tak pasal pasal kena pot pet pot pet dengan Acik Topi.

...sedangkan Allah ampunkan umatNya sape lah Acik Topi ni..hanya wanita yang suka memakai topi...


:)**

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...