Thursday, July 4, 2013

AcikTopi memanjakan wajah dengan produk Kecantikan Neesya - The Science of Beauty dari Skinworkz Sdn Bhd

Semua wanita mahu kelihatan cantik. Tidak terkecuali acik sendiri. Pelbagai produk penjagaan kulit telah di cuba. Samada buatan tempatan atau luarnegara.Yang menimbulkan masaalah adalah harga. Acik pernah menggunakan satu produk ni, yang harganya lebih kurang RM190 (botol kecil je). Tidak dinafikan memang berkesan. Tapi sayang nak guna banyak2, sebab mahalll…  2 minggu pertama ramai yang memuji mengatakan wajah acik berseri-seri. Bersemangat untuk membeli botol kedua.. masuk botol ketiga…  baru terasa, aku tak mampu untuk meneruskannya….


Khamis 4hb Julai 2013, bertempat di  Swensen’s , Subang  Parade, Subang Jaya,  Acik, MakDara  aka Adza Irdawati dan MakLady aka Anizah Ranni telah menghadiri satu pelancaran produk penjagaan kulit di bawah Jenama Neesya daripada Skinworkz Sdn Bhd.




RANGKAIAN PRODUK NEESYA

Yang  terbaik majlis ni di adakan di Swensen’s  iaitu restoran yang meyediakan  aiskrim yang tersangatlah sedap dan lazat. Aiskrim memang kegemaran acik..



Apa yang menarik  perhatian acik semasa  pelancaran ini Mr Chris Yong, CEO syarikat ini ketika meyampaikan presentasi  diselangselikan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, dan dia amat fasih berbahasa Malaysia.  Jemputan yang menghadiri majlis ini juga terdiri dari pelbagai bangsa, Melayu, Cina, India… sangat Malaysia…. Sukaaaaa. Beliau juga mengatakan, rumusan produk syarikat beliau dijamin halal dan harga produk tersebut dipastikan berpatutan (mampu milik) dan menepati bajet kebanyakkan pengguna yang menginginkan produk berkualiti antarabangsa… Ini acik laaaagii sukaaa..



Beliau berjaya mendidik kakitangan beliau,  mesra pelanggan dan acik sangat suka dengan Konsultan yang bernama Sya, beliau sangat comel dan sangat prihatin kepada semua yang hadir. Dan yang utama mereka sangat pemurah …. Door gift yang diberikan kepada hadirin adalah dari actual pack bukan miniature…. Menambahkan kegembiraan kami bertiga…




Kepada  Skinworkz Sdn Bhd, selamat maju jaya dan pastikan anda kekal dengan sikap mesra pelanggan dan janji anda pada harga yang berpatutan dan mampu milik..






Masa untuk cuci cuci muka… shine bright like a diamond.. nantikan result acik dalam masa 2 minggu nanti….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...